Rodong-rodong Pahang tahu tak yang KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kita ni adalah pemegang rekod dunia?
Ya! Baginda memegang rekod sebagai Putera Mahkota kedua paling lama selepas Putera Charles! Baginda mula memikul amanah sebagai Tengku Mahkota Pahang sejak berusia 16 tahun, pada 1 Julai 1975. Justeru Baginda mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam pentadbiran negeri.
Selain itu juga, Baginda telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pemangku Raja Pahang sebanyak dua kali. Begitu banyak jasa dan sumbangan Baginda dalam pelbagai bidang sepanjang menjadi Pemangku Raja Pahang. Semoga Allah terus memelihara Baginda Tuanku!
HouseofPahang #Pahang #Agongkita
